08.05.2010
weolls berjalan lagi you. Kali ni kami berjalan ke destinasi yang memang confirm asing lah to all of us. Ntah apa yang merasuk kita orang untuk bercuti ke Vietnam. Bukan lah kata Vietnam sebuah negara yang tak best, cuma untuk bercuti dan merehat kan minda dan badan. Sangat lah tak sesuai yer uollls. Tapi untuk para shoppers, sangat sesuai! Sapa yang suka baju kurung cantik-cantik dan lawa-lawa. Apalagi terjah lah Ho Chi Minh City, pusat baju kurung!
********************************************
As usual sebelom berangkat weolls melepak dulu di kedai makan, biasalah tu kunun-kunun tak tahan lapar. Agenda saya hari tu mesti makan kenyang-kenyang kat Malaysia, sebab saya takut saya akan kelaparan di HCMC. Bukan salah HCMC pun, memang saya jenis memilih makan. So sampai LCCT yang dituju adalah kedai makan.
Kami pilih makan di chocolate... ala sedap nyer kopi kat sini, teringat lah plak. celah bedah mana plak nak cari kedai ni. Tak semua kami makan, rata-rata share aja. Sebab ada yang planning nak makan kat atas plane. Katanyer makanan Air Asia terbaik! Saya punya planning balik nanti mesti makan atas plane. Sebab nak balas dendam ngan makanan Malaysia. ahakkksss.... teruk kan.
Tengok bertungkus lumus kita orang makan, takut waktu dinner nanti tak jumpa kedai halal kat sana. Yang pasti semua yang bole ditelah atas meja tu habis yer, takde saki baki.
muka muka gembira untuk memulakan percutian. Flight ke HCMC tak lama, tak kejap lah. Yang pasti view nak sampai HCMC memang sangat cantik!
kan memang cantik sangat view HCMC dari atas. Masa sampai ni hari dah petang sangat.
Welcome to Tan Son Nhat International Airport!
Airport dia orang memang cantik dan bersih, cuma staff mereka langsung tak senyum dan agak kasar bila membuat kerja. Passport pas di cop, di campak aja pada kita. sungguh kureng adab tul depa ni.
ini lah view on the way ke hotel, tak payah saya cerita macam mana kami mencari pemandu yang ambil kami di epot. oh sungguh sengal! Rata-rata rakyat vietnam tidak fasih berbahasa inggeris. Maybe dia orang fasih bahasa french kot... sbb pernah di jajah orang perancis. Kalo tengok building and kegemaran mereka terhadap roti baguette sah sah tahu influenced dari perancis.
Sebulan awal kami telah book hotel di saigon pink 3. Tak ramai orang malaysia duduk hotel ni, kebanyakan nyer lebih berminat dengan saigon pink 2, which is very near to Ben Than Market. According to some people, syurga membeli belah buat orang malaysia.
Selepas rehat kami pun mula menerjah bandar HCM ermmm.... orang kat sana ramai naik motorcycle! punya lah payah nak melintas. Kami macam orang kampung masuk bandar kat sini hahahaha... tp memang satu expereiced yang sangat lawak bila di ingat balik. Pengankutan rasmi kami disana, kaki saje. Sebab lebih senang berjalan dari menaiki public transport. Masalah bahasa tu adalah masalah utama di HCMC! sebelum kami semua kena klepet dengan driver taxi, biarlah kami berjalan berpandukan peta yang diberi oleh abang man & kak lin. Anyway peta itu memang sangat berguna! Terima kasih yer...
Asal nyer nak membeli belah di Ben Than oleh kerana kami sampai lambat banyak kedai sudah mulaii tutup. Jadi kami tak jadilah nak explore dalam Ben Than tu. Ben Than ni nampak macam pasar yang sangat besar dan sangat padat!
Sebab tak dapat nak abiskan duit kat Ben Than kita orang pun tukar agenda ke nite market di luar Ben Than... ermmm saya end up membeli nothing disini. Tak tau napa takde yang pekenan disini. Tapi yang lain banyak beli ole ole, dia orang kata murah.
night scene di HCMC... bole tahan cantik! ni kita orang stop jap berjalan, sebab duk gasak berjalan mencari kedai makan halal. FYI di sini ada lebih kurang 4 atau 5 restoren halal. Kami tak sanggup dowh balik bilik makan maggie or bekalan Brahim... So pencarian kedai halal diteruskan walaupun kaki time tu dah nak tercabut!
At last jumpa gak restoren Halal Saigon... memang menduga kami semua nak cari kedai makan ni. Takpelah yang penting dapat makan makanan halal. Masuk dalam ni macam rasa kat malaysia, sebab pelanggan nyer penuh dengan orang malaysia. Waiter & waitress nyer pun boleh berbahasa melayu, menu pun menu orang malaysia. takat nasi lemak memang bole lah makan. yaiyy! sapa yang susah tekak makanan luar tu, ini lah restoren yang terbaik!
Oleh kerana badan terlalu penat, jadi tak termampu saya nank amik gambar makanan. Dalam simpanan hanya ada yang ini... jadilah yer wat cuci cuci mata...
Habis makan, kami cari jalan pulang ke hotel... tak sabar betul nak sampai hotel masa tu. Nak landing, nak mandi... penat gila!
No comments:
Post a Comment