10.06.2010
Apuuu tajuk 'welcome to KL' memaut cik milah tul. Sempena menjemput dua orang cingur dari Sabah and Sarawak, so kita feeling feeling lah sikit kan. Hari ni saya ditugaskan untuk menjempu Alicia di KLIA. Wah pernah ke drive sendiri ke KLIA??? Tak pernah kan, so minta bantuan Dayang untuk teman ke KLIA. Sekalian kami semua akan check in di Cititel.
Yang ditunggu telah tiba, selalu nyer dia akan datang bersama suami. Tapi kali ni, suami sangat busy bekerja. Yang datang hanya dia dan beg beg sahaja. Sebab dia seorang all of us kena teman kan dia tido di hotel, weheeee tido hotel saya suka!
Dua cingur sudah terkumpul mana lagi balance nyer... ada seorang lagi sepatutnyer ikut kumpul bersama. Ntah macam mana communication kami dengan dia tidak berapa tepat. Kerana masa saya tiba di KLIA menjemput Alicia, dia juga pun sampai di KLIA dari KK. Kalo lah dapat contact masa tu, terus bole jumpa... angkut sekali lah suami dan anak nyer balik KL. Dah nak wat camner, tiada jodoh di KLIA.
Sampai aja makan, makan sate di sate station setiawangsa memang sedap. Dia orang ni lapar sokmo, lagi lah syok bawa dia orang makan sate. Tapi Alicia kalo gi kedai sate dia standard makan 5 cucuk aja. Ntah tak tau napa... dia ni pun kategori makan tak banyak. Tapi si kecil yang lagi berdiet, agak bernafsu yer makan. Tapi dia sangat berhati-hati dengan apa yang dia makan. Kalo tak, tak kan lah bole slim sekarang kan *cewek aku kena berguru dengan dikau ni untuk menjadi slim...
After check in janjian sama mama neena untuk jumpa dia, sebab hari udah nak malam dan mama neena tidak bole bawa baby Hafiy jauh-jauh. Maka nyer kami settle untuk melepak di Sri Melaka Amcorp Mall. Wah lama gila tak pergi sini. Ini detik-detik pengenalan kami dengan baby Hafiy. Sangat panjang and ensem ok! Dah tu tak banyak ragam... mana lah tak banyak ragam, banyak nanny yang volunteer nak jaga. Baby tak banyak ragam semua beratur nak jaga kan.
Bila tokey kedai dai kemas-kemas kedai makna nyer jom lah angkat kaki, tokey dah nak balik. Shopping mall pun dah nak tutup. Weolls ngantuk pun idak lagi, leka berbual macam-macam cerita. Sampai lupa time. Ni gambar last sebelum hantar neena balik hotel dia menginap. Lagi pun dia tak bole lepak jauh-jauh malam sebab ada anak kecik, dan laki sedang menunggu di hotel.
No comments:
Post a Comment