Thursday, November 11, 2010

DSH: Package merayap bersama Double A...


12.06.2010

Apa kes tajuk ni nama brand kertas, takde makna nyer kertas. Kami masih lagi dalam mood hohoholiiidaaay! Hari sabtu bangun-bangun je hari dah tinggi, nampak nyer memang kena brunch terus. Hari ni kami bertiga aja saya, Along and Alicia. Kemana lagi mencari kedai makan yang sedap.. pusing sana, pusing sini at last all of us end up at Nasi Ayam Chee Meng, Desa Pandan. *rindu nyer nak makan nasi ayam kat sini, sebab cawangan Desa Pandan dah tutup lah plak. Nak menjejak kaki ke Bukit Bintang.. takde keje lah.

Our lunch! Sotong goreng tepung dia memang terbaik! Nasi ayam terbaik! sos halia yang lazzzat! Memang susah nak lupa. Tapi memamng tengahari tu kita orang makan dengan lemau nyer. Macam penat sangat... Tak silapt Along & Alicia berjaga nonton World Cup. Sebab semua lemau, semua tak tau nak wat apa... So tengahari tu berjalan lah tanpa arah tujuan. Tiba-tiba teringat store Esprit kat queens park. Maka putarlah balik ke Cheras... Sampai sana banyak dah butik-butik dah tutup yang tinggal cuma kedai ntah apa-apa. Tapi Esprit nyer kedai memang adalah. Kalo nak beli off season nyer baju Esprit sila lah ke Queens park atau ke Maju Junction... murah dowh! Ada kejadian menarik kat sini, bila kita orang nak masuk butik tu, tak semena-mena sensor depan kedai tu bunyik. Punyalah gelabah kita orang, sebab baru nak masuk bende alah tu berbunyik plak. Banyak kali plak tu, puas kita orang ungkai beg. Rupa nye beg si Alicia yang beli di Zara tu memang sentiasa sensitip dengan sensor. Jangan tanya macam mana... tp memang pelik. At last sales assistant kat situ allowed lah weolls shopping gak. Sian Alicia.... 

Pas abis bershopping di cheras, weolls bertolak ke Damansara, nak bawa Alicia cuba FIR kat Zazens helalth solutions. Bende baik kena kongsi kan... so memang sesuai hari tengahari panas gila. Sesuai melepak tido dalam barang sejam dua dalam bilik scalar tu. Memang confirm lena! After Scalar treatment we went for FIR plak... ha kau kuar segala peluh jantan mak nenek! Lepas FIR wat apa plak... aktiviti selepas segar bugar and selepas buang toksin ialah masuk kan toksin balik muahaha...

Disini lah we had our tea break... mak ai tea break kat sini. Betul ke minum teh? LOL rasa nyer macam tak kot. Sebab kat sini mocha something something dia sedap. 

Tengok tu senyum sempol semua dapat makan cup cake... siap dengan tuna sandwich. FYI chips tuna sandwich tu memang mabeles! sedap gila, dah lama lah tak gi sini... *Along, zureen jom gi makan cuppies. After menambah kalori yang memang dah terlebih banyak ni, kita org pun ke SS19 untuk hantar cuppies pesanan kakyong... sempat lah jumpa anak-anak buah saya. Lepas dr SS19 berdesup ke Shah village jemput Neena and baby hafiy for dinner. 

Tupai tupai menjadi tempat dinner weolls... ramai sangat orang masa hari tu, sampai berpeluh-peluh. Kesian dengan Hafiy yang dari diam-diam main sendiri. Terus meragam... sebab berpeluh-peluh. Weolls makan cepat-cepat demi keselesaan Hafiy, lagipun masa makan ni team Argentina baru nak main. So masing-masing nak cepat nak kejar tv kat bilik masing. Maklumlah saya dan Neena memang menyokong team Argentina!







Wednesday, November 10, 2010

DSH: Family day cingur...


11.06.2010

Seawal pagi keluar dari Cititel menuju ke Shah Village untuk mengambil neena and baby Hafiy. Berjaya juga Neena dapat permission dari suami dia untuk ikut weolls ke Genting Highland. Lama betul merancang nak gi mana, weolls end up Genting Highland.

Sebelum memulakan perjalanan naik bukit pusing-pusing, kita stop breakfast di Chawan. Nasi lemak bungkus sudah menjadi peberet kat sini. Lepas siap makan, menuju lah kami semua ke genting highland. FYI saya sudah lama tidak ke Genting, jadi trip ni memang saya tunggu. Nak juga tengok apa lah rupa Genting sekarang ni.

Ha muka muka cuak naik gondola ni, walaupun berani-berani takut masing-masing tetap sengeh bila bergambar.  Baby hafiy sikit pun tak takut, on the way up ni tiba-tiba plak hujan turun. Uii seriau tul, udah lah sejuk dalam tu.

Sampai-sampai terus pusing-pusing punyalah dah tua masing-masing. Takde sapa pun nak masuk theme park tu. Kan masing-masing budget tak akan main bende alah yang ada kat situ. Keciwa tul i, sebab i and cikgu Dayang aja semangat nak mencuba segala jenis game tu. Tapi adat berkawan berjalan ramai-ramai, kalo takde sapa nak join tu, pepandai lah faham yer. *Dayang next time kita gi, kita main segala jenis game puas-puas ok. Tapi kapan kah???

Dah penat meronda di luar meronda di dalam plak. Masa ni kami singgah makan, makan kat mana yer. Dah lupa lah, gambar takde langsung. Bab lapar memang tak bole kompromi tul lah, nak kena buang habit ni ni. Kalo tak asik takde pic makan LOL. Kat dalam ada yang shopping, ada yang beli egg tart untuk laki... hehehe lepas penat pusing, weolls pun balik. Sekejap tul kat atas tu, maybe next time tak yah lah kita terhegeh-hegeh nak naik Genting ni. Bukan nyer tempat kita lagi. Next cuti sekolah saya akan pikirkan tempat yang mantop!



Tuesday, November 9, 2010

During school holiday : Welcome to Kuala Lumpur...


10.06.2010

Apuuu tajuk 'welcome to KL' memaut cik milah tul. Sempena menjemput dua orang cingur dari Sabah and Sarawak, so kita feeling feeling lah sikit kan. Hari ni saya ditugaskan untuk menjempu Alicia di KLIA. Wah pernah ke drive sendiri ke KLIA??? Tak pernah kan, so minta bantuan Dayang untuk teman ke KLIA. Sekalian kami semua akan check in di Cititel.

Yang ditunggu telah tiba, selalu nyer dia akan datang bersama suami. Tapi kali ni, suami sangat busy bekerja. Yang datang hanya dia dan beg beg sahaja. Sebab dia seorang all of us kena teman kan dia tido di hotel, weheeee tido hotel saya suka!

Dua cingur sudah terkumpul mana lagi balance nyer... ada seorang lagi sepatutnyer ikut kumpul bersama. Ntah macam mana communication kami dengan dia tidak berapa tepat. Kerana masa saya tiba di KLIA menjemput Alicia, dia juga pun sampai di KLIA dari KK. Kalo lah dapat contact masa tu, terus bole jumpa... angkut sekali lah suami dan anak nyer balik KL. Dah nak wat camner, tiada jodoh di KLIA.

Sampai aja makan, makan sate di sate station setiawangsa memang sedap. Dia orang ni lapar sokmo, lagi lah syok bawa dia orang makan sate. Tapi Alicia kalo gi kedai sate dia standard makan 5 cucuk aja. Ntah tak tau napa... dia ni pun kategori makan tak banyak. Tapi si kecil yang lagi berdiet, agak bernafsu yer makan. Tapi dia sangat berhati-hati dengan apa yang dia makan. Kalo tak, tak kan lah bole slim sekarang kan *cewek aku kena berguru dengan dikau ni untuk menjadi slim...

After check in janjian sama mama neena untuk jumpa dia, sebab hari udah nak malam dan mama neena tidak bole bawa baby Hafiy jauh-jauh. Maka nyer kami settle untuk melepak di Sri Melaka Amcorp Mall. Wah lama gila tak pergi sini. Ini detik-detik pengenalan kami dengan baby Hafiy. Sangat panjang and ensem ok! Dah tu tak banyak ragam... mana lah tak banyak ragam, banyak nanny yang volunteer nak jaga. Baby tak banyak ragam semua beratur nak jaga kan.

Bila tokey kedai dai kemas-kemas kedai makna nyer jom lah angkat kaki, tokey dah nak balik. Shopping mall pun dah nak tutup. Weolls ngantuk pun idak lagi, leka berbual macam-macam cerita. Sampai lupa time. Ni gambar last sebelum hantar neena balik hotel dia menginap. Lagi pun dia tak bole lepak jauh-jauh malam sebab ada anak kecik, dan laki sedang menunggu di hotel.






Bah yang dari Sabah tiba dulu!



07.06.2010

Setiap tahun saya tertunggu kedatangan sobat-sobat tercinta saya. Kali ini saya ingin berkongsi kedatangan sobat saya yang datang nun dari Sandakan, Sabah. Janji telah dibuat, cuma menunggu malam untuk dinner bersama-sama, cewek rawk!

Inilah dia tetamu VIP saya, dia tunjuk key chain yang bonda dia hadiahkan pada dia. Our dinner cuma di Mango Chili, wangsawalk. Saya happy bawa dia kesini, sebab dia sendiri tak pernah makan di resto ni walaupun rumah sis nyer walking distance aja dengan Wangsawalk. 

Klik! klik! sebelom makan, motret dulu dong... biar ada kenang-kenangan di sini. Macam-macam kita orang cerita. Masa sedang makan, berborak... tangan saya laju aja update status di twitter, nak jeleskan satu lagi sobat yang berada di kuching. Confirm kami bersingit hari tu, kerana sobat di kuching pun sedang meng'entertain' Sand yang turun dari Sibu. Wah date hari tu memang cingur-cingur berjumpa!

Sebelum balik photo photo di depan Wangsawalk!

Minum petang di Naili's ampang...

Yippie beranjak ke bulan June! Settled semua May entry, pindah pula ke bulan June. Bila tengok draft bulan June mak aiii.... banyak dowh! banyak bende special terjadi bulan June juga.
Ok lah to cingurs... bulan June adalah bulan berkumpul dong!

*************************************************

05.06.2010

Masa ni saturday, jatuh plak date nyer masa birthday Yang Dipertuan Agung! Jadi hari cuti makna nyer, hari jejalan. Hari melepaskan penat lelah selepas 5 hari bekerja. Hari tu tak silap weolls nonton movie, citer apa. Sorry cant remember.

Ha tenok tu bersungguh-sungguh dia orang tengok citer ni, im not sure citer apa. Yang pasti Kak Zu sungguh beriya menonton dowh. After menonton citer ni kita orang mula kelaparan, dah masuk petang, tiba nyer masa untuk tea time. Masa ni kami masih tergila-gilakan cekodok bangang. Kerana teringin kan cekodok bangang ni, dr KLCC menunjulah kami ke Naili's ampang. Cukup terkenal dengan cekodok dan jemput-jemput nyer. 

Nailis ni memang cantik decoration resto nyer, tengok lah masing-masing ambik feel bergambar kat sini. Yang terlentok-terlentok, yang posing pee-ka-boo pun ada... yang feeling-feeling kat island pun apa kurang nyer! Tapi memang cun lah resto ni. Thumbs up!

While waiting for our orders, kita baca buku dulu. Ada kisah disebalik buku ni. Masa weolls terjah Nailis depa blom buka lagi. Dia orang buka for biz around 5pm cengitu kot... sebab weolls too early, mula lah kami berjalan-jalan ke Ampang Point. Kebetulan ada second hand books fare, Kak Zu decided to buy this book. 

foods that we ordered, memang lazat kan. Makan share-share sebab asal nyer nak minum petang. Sekali minum petang dengan burger, dengan nas gor siap ngan sate lagi. Macam mana lah minum petang dasyat nau ni. Tapi semua makanan tu habis yer, memang kami ni syabas bab makan.





Monday, November 8, 2010

Jom memasak!


29.05.2010

Sebab minggu tu ke pasar tani, so nak lah tunjuk bakat memasak. Dah plak Zureen meminta wat kelas masakan untuk dia. Dia nak prepare diri supaya bole masak untuk suami tercinta. Menu malam tu, dan kire 1st lesson untuk cik Zureen kita tu adalah :-
Butter prawn
Chili crab
Vegetable stri fry
Bukan calang-calang kan menu untuk zureen belajar, ahaks... Tapi kire ok lah ada juga dia niat nak memasak untuk laki nyer.

Bahan-bahan basah yang disediakan... Simple kan. Ketam tu masa beli dah awal2 suruh Brother tu siang, so senang aja kerja saya. Basuh bersih bersih... Masa main masak-masak ni Along ada sekali, bayangkan dapur yang sekangkang kera ni ada 3 orang yang sibuk nak masak. Sungguh gawat. Sudah lah saya jenis kalau masak suka sensorang, tak pandai masak kalo ramai. Lagi pun okay aja kalo takde orang tolong, insyallah bole manage punya. Dah kata hobi memasakkan... ahaks!

Along menunjukan cara mengoreng udang, elok aja zureen bediri tengok.

Sekarang zureen plak ambil alih mengoreng udang. Cayalah zureen! *btw hang dah mula masak untuk laki hang blom?

Hasil dua jenis lauk yang dimasak secara bekerjasama! Hari tu weooollls makan sedap you.


We love to this during weekend....


22.05.2010

Wah banyak nyer aktiviti bulan May ni, macam tak stop stop lah plak. Ada aja bende nak di updatekan kat Dunia funnfair ni. Masa ni adalah weekend, saya sudah berjanji dengan bff saya untuk teman dia survey barang hantaran dia. So jom lihat, betul ke survey atau terus grab and buy!

Sampai-sampai terus cari makan, hari tu tekak weools rasa italy sikit hehehe... so melayan lunch di italianies The Garden. Restoren cantik! Sangat cantik... first time masuk situ terus suka dengan decorations and layanan mereka superb! Kami berdua order sorang satu... sangat lah banyak untuk dua orang makan kan. End up weolls tapau pizza tu.  Tapi pasta tu memang sedap yer....

Saat saat kami enjoy makan tengahari. Memang best, tapi kalo gang lagi ramai. Lagi best! Sambil makan planning nak masuk butik mana untuk mencari hantaran si zureen. Lepas makan kita orang pun mula masuk macam kedai... dan akhirnyer kaki kami pun mula terasa sakit. Dek akibat sekejap ke Mid Valley, sekejap ke Gardens... 

Beberapa hasil yang telah dibeli. yippie suka! Kan tengok dah selamat terbeli pun, susah nak stick to plan survey... end up mesti ada yang dah terbeli.




poie pilah carik makan....


15.05.2010
Restoren Kampung Warisan
Kuala Pilah

Selama saya duduk di Seremban, lalu lalang depan restoren ni untuk ke kampung. Tak pernah terlintas pun nak singgah makan kat restoren ni. Ntah mana lah info dia orang kata restoren ni sedap, for me tak pernah cuba. Di ajak, i join aja. Plan nyer lunch time di KP, Segerombolan lah kami menuju ke kampung den. Sebenarnyer kita orang planning nak sambut besday kak zu & kak Ayien di situ, memandangkan dia memang gemar ngan makan nogori. Sosuaii bonalah tempat yang di plan kan.

 Antara mereka yang hadir memeriahkan besday lunch kak Zu & kak Ayien, gang termuda Zafran pun ada... jauh si Zafran ni berjalan. As usual gambar lunch nyer nan ado. Hahaha sah sah lah saya malas nak snap picture bila lapar gila. Jadi tiada lah gambar makan lunch. After lunch melepak lagi disitu sambil 'ngopi' ya'aaaww tul minum kopi panas gila di tengah bendang dengan cuaca yang panas berdenting. Oh sungguh lah nikmat! 

Ha tu dia gambar birthday girls, satu baju merah, satu baju hijau. Happy dia orang celebrate birthday kat area kawasan sekolah mereka dulu. Lama kita orang melepak, sampai lupa time. Orang kat kedai makan tu, dah bersilih ganti. Tapi weollls masih tetap disitu ketawa ketiwi share macam-macam cerita.








vietnam day four: Our last day in Saigon...


11.05.2010


Woot wooot our last day di bumi saigon! Nak happy ke sedih? saya happy kot, tak sabar nak balik Malaysia. Tak sabar nak makan puas-puas, tak sabar nak hirup udara KL. Oppsss ok jom baca apa kita orang wat masa last day di HCMC. Sebab flight weolls petang, jadi seawal pagi kita orang dah ready nak merayap kat bandar HCM, nak beli apa yang tak cukup lagi. Dan untuk menghabiskan Dong yang ada... USD tak abis tak apa, bole disimpan untuk holiday akan datang.

Ha kau bersepau duk bertengek depan kedai pepagi buta, Maklumlah kedai blom lagi buka. On our last day, bekalan breakfast sudah tidak mencukupi. So ikut hati aja kami terjah kedai makan VN Halal, kot kot depa buka for breakfast. Punyalah frust memasing sebab resto tu tutup. Tapi entah hamba allah mana tolong kami duk ketuk kedai tu. Terus tak lama kemudia tokey kedai pun bukak kedai. terus weolls lah antara pelanggan terawal di VN Halal... tapi itulah, untuk dia siapkan makanan sangat lah lombab! takde plak gambar breakfast, sebab time ni nak makan cepat... sebab kita orang nak cepat untuk last minute shopping and kena kejar time check out juga! Gmabar-gambar last munite shopping pun tiada... hahaha punya lah focus nak shopping kan.
Habis shopping balik bilik, packing packing siap siap hantar beg kat lobby. Ha ni ada cerita, kat Vietnam ni suka tul electric takde kata nyer... selama kita orang berada kat sana. Takdelah experienced ke panasan ni, sampai masa kita orang nak balik and hantar beg ke lobby. Bole plak takde letrik... ha suda macam mana nak angkut beg beg besau turun. dari elok-elok mandi, dah berpeluh-peluh. Sungguh lah experienced yang dasyat.
Settled beg semua di bawah, ke restoren halal saigon, untuk lunch terakhir di bumi Vietnam. Cepat-cepat jalan untuk makan, nak menghabis kan Dong yang ada.

some piccas masa lunch, ha ada juga incident yang sangat lawak masa ni. Kunun-kunun nak menghabiskan Dong yang ada. Sekali kau duit tak cukup, hahahaha. Ha mengagau cari USD and Dong, sebab kat restoren ni dia orang tak terima. Beriyalah kita orang minta duit tukar dengan orang Malaysia yang ada kat resto tu. tukar RM to Dong.

Ha tu dia tengah pool duit hahaha... lawak tul lah. Tak pernah dibuat nyer gi makan kat resto duit tak cukup. Akhirnyer settle meluru berjalan kaki laju-laju ke hotel, our transfer menanti untuk di hantar ke Airport. Sebab kami ramai, so naik dua taxi ke airport... Tapi nak kuar dari town ke airport, ya allah jem dia sabar ajalah. Semua nyer berjalan lancar sampai lah kami tiba di LCCT dah pun malam...

Bergambar last sebelum masing-masing balik ke rumah. yeah! Tahun ni Vietnam... tahun depan tunggu kemana plak kami berjalan..


 



Wednesday, November 3, 2010

Vietnam day three : Four season restaurant....


10.05.2010


Malam tu kami jalan lagi, tapi kali ni hanya di sekitar bandar HCMC. Tujuan utama as usual shopping dan ingin mencuba makanan di Four season restaurant. Katanyer owner dia Malaysian... jadi saya berangan di kedai ni mesti lah makanannya ngam dengan tekak saya.

Cantik kan resto ni, memang nampak cantik lah restoren ni. Ambil order semua dalam bahasa melayu, memang tak susah. Gambar makanan nye tak berapa jadi, so tak yah lah letak... wat malu aja kan. So far makannyer tak lah sedap mana, sedap lg resto halal saigon. Tapi sebab lapar gila, semua kami sebat. Restoren ni pun penuh dengan orang Malaysia. Memang senang nak cam orang Malaysia kat HCMC ni.

Aktiviti lepas makan, round round bandar saigon. Memang cantik bandar mereka, orang Vietnam suka melepak malam-malam. Maybe lepas penat bekerja siang hari, so malam adalah sesuai untuk melepak.

Vietnam day three : Shopping day!


10.05.2010

Pagi-pagi lagi semua nyer bertenga, sebab ini lah hari nyer untuk berbelanja! Rata rata yang pergi ni memang kaki shopping. Dan saya terjebak juga dalam golongan ni, hahahaha. Tapi tidak lah dasyat, sebab dari awal lagi saya sudah siapkan list apa yang saya hendak beli. Supaya tidak overspend, disini kedai mereka menerima USD, Dong & RM. Saya mengunakan ketiga-tiga matawang, yang paling untung jika kita berbelanja dengan USD. Kalo Dong dan RM dia orang memang amik tinggi. So next time sudah tau, matawang mana patut diguna.

Ha ni photo masa kami memulakan perjalan ke Ben Than Market, as usual pengankutan rasmi kaki masing masing. Sebab agenda membeli belah tak lah rasa penat berjalan. Nak kata area kami dekat sangat dengan tempat dituju tidak juga, nak kata jauh tidak juga. Oklah tak lah penat. Memandang kan hari masih lagi awal, banyak kedai belom buka, awal nyer plan nak ke kedai Hong Anh Collection. Tapi belum buka daaa.... so kami singgah di kedai beg sebelah Hong Anh Collection. Mengila dowh beli beg kat sini... Memang cantik-cantik beg dia, discount dapat, free gift dapat. suka lah dengan kedai tu... Dan pekerja nyer tak kasar yer.

Ini lah kedai nyer, before kita orang blah photo photo dulu dengan tokey kedai yang sangat friendly. FYI ini aja gambar yang di ambil masa shopping. Lepas kuar kedai ni mengila kami di kedai Hong Anh Collections, berhelai helai baju kurung kami borong. Masa ni lah beli baju raya, baju untuk kenduri kendara... memang itulah tujuan saya ke Vietnam. So gambar shopping di Ben Than pun takde... hahahaha bila shopping lupa dunia dowh!

we had lunch at apa ntah nama kedai nyer... tapi memang lah sedap nasi paprik ayam tu. Orang lain semua cuba makanan tempatan, seperti Pho Bo. Kata nyer mi sup daging, si Along sampai hari ni teringin makan Pho Bo ni lagi. Puas dia duk mencari kedai makanan Vietnam halal kat KL ni. Saya tetap tekak Malaysia ok! Satu aja kedai makan ni, lama betul dia nak sedia kan makanan. Ada dalam 45 minit nak dapat makanan... dari lapar terus jadi gastrik! 
Pas makan, weolls sambung balik shopping di Ben Than, tapi kali ni tercabar tu bershopping kat situ. Sebab kat luar panas berdenting, Ben Than market ni plak macam gudang... beratap zink. Makkk aiii panas nyer tak usah cakap lah... Dari ada mood nak shopping terus hilang. Sudah lah peniaga kat situ semua kurang asam tul. Siap bole maki kita tu, dalam bahasa dia. Saya pun apa lagi, maki gak lah dalam bahasa ibunda saya. Sakit tul hati tengok dia org tolak-tolak kita macam lah kita ni takde duit. memang saya tak enjoy shopping dalam tu. Tapi dalam tak enjoy tu. saya beli kain cadar cotton, beli accesories, beli ole ole... beli baju. hahahaha... tp saya antara yang surrender awal, sebab dahaga gila. panas... mencari air sejuk pun susah.  Nak lepak kat kedai makan dia, macam tak berapa yakin. 

 At last keluar dari Ben Than terjumpa Tutti Frutti! yaaa' aaww sedap lah minum air ais kat situ. Masa melilau lilau cari tempat minum tu, rasa frust sangat. Sebab rata-rata kedai makan sana menjual makanan, jadi memang tak selesa kita orang nak duduk dan minum. Waswas gitu... At last ni jadi pot kami menunggu kawan-kawan yang masih shopping. setengah hari kat Ben Than ni memang memenatkan!




 

Vietnam day two : Menjejaki Hard Rock HCMC...


09.05.2010

Selepas berehat dari adventure Mekong, weolls mula berjalan mencari store wajib setiap kali kami berholiday. Kami memang mengumpul barangan & t-shirt HRC. This time around journey mencari HRC ni sangat lah sweet dan memenatkan... sebab none of us can read the map hari tu. Maybe masing-masing masih penat dengan aktiviti kat Mekong siangnyer
. Punyalah kami berjalan, ke utara, selatan...pusing balik ikut sana, ikut sini. Haram tak jumpa. Bukan tidak bertanya pada masyarakat HCMC, tanya tapi direction yang diberi sangat lah pelik. Tanya si A suruh ikut utara, tanya si B suruh ikut selatan... tanya si C ntah mana lah dia org suruh. Masalah bahasa tetap lah menjadi masalah utama... but kami semua tetap happy merendek kat bandar saigon tu. 
To cut the story short, jumpa jugak kami dengan HRC...

ini aja yang termampu di ambil, sebab selepas selesai di HRC kami memulakan pencarian jalan pulang. Satu halkan... otak dah tak berfungsi untuk baca map. sudah nyer kami naik lah taxi. 

Ok jom pulang ke hotel!

Vietnam day two : Mekong adventure


09.05.2010

Day two we decided to visit Mekong river. Pada mereka yang tidak tahu, Mekong is the 12th longest river in the world and the 7th longest in Asia. Jadi kami especially saya memang tak nak lepaskan peluang melawat sungai mekong. From HCMC we took bus to Mekong river, journey yang sangat memenatkan. Bersyukur nyer saya dengan negara saya, jalan raya yang jauuuuh lebih elok dari Vietnam. Takat lubang, lopak kat Malaysia ni kira alrite lah berbanding kat Vietnam. Worse experienced, macam naik keta kuda pun ada rasa nyer. Sampai aja di sungai Mekong, kami terhegeh-hegeh membeli topi, sebab tak sangka plak Mekong ni panas gila. Naik bot terus lah kami menuju ntah kemana, mengikut uncle tourist guide tu kami akan melawat beberapa area. Macam industri kampung lah... 

some piccas on the boat! awal-awal naik boat tak banyak gambar maybe kami semua macam cuak kot naik boat yang ala-ala gitu. kalo tengok pada kerusi atas boat tu macam tak lekat kat lantai boat tu. suspend dowh!

First stop kami tengok orang wat paper rice macam biskut nipis gitu. Saya tak rasa, yang merasa nyer kata tasteless jadi saya memang tak minat. Kalo letak gula sedap lah gak kan... hahaha. Udah lah kat sini uncle tour guide tu selamba kodok sound saya 'lazy gal' gara-gara saya tak kuat nak usung mesin beras tu. Laser tau uncle vietnam ni. Nasib baik saya ilex sap gam, mengenagkan vocab english mereka memang kureng, saya maafkan. Hahahaha padahal sentap gak di bilang Lazy gal!

During lunch kami cuma minum air kelapa and makan biskut, roti dan kari brahim yang kami bawa. Sebab di situ kedainyer tidak halal dowh. lauk yang sisediakan untuk guests hari tu pun ada pork. Jadi we settled with bekalan yang kami bawa aja. syukur alhamdulillah tak lah kelaparan kami dalam hutan mekong tu.

Next stop ke dusun buah-buahan... time ni lah kami balas dendam makan. yer lah guests yang lain semua dah kenyang, kita orang aja beralaskan perut dengan biskut, roti dan air. Buah naga tu sedap sangat! Sambil makan kami didendangkan dengan lagu rakyat vietnam... layan ajalah.

Uncle uncle & auntie ni lah duk menyanyi masa kita orang makan buah-buahan kat kebun dia orang ni. Kat belakang tu plak ada penjualan hasil kampung. Sapa nak beli bole lah beli, as usual saya tidak berbelanja lagi. Sebab saya tahu, saya tidak akan mengunakan barang-barang tu.

Lepas makan kita naik kereta kuda padi, yeeehawww! suka sangat, walaupun kesian kat kuda yg kecik tu. Sebab yang naik nyer ha kau besau besau belaka...kecuali Along yang slim.

Selepas naik keta kuda padi tu, kami pergi minum honey and makan kudap-kudapan. Hahahaha at first memang tak nak makan kudap-kudapan tu... tapi kami end up merasa juga. Tapi saya tak ingat lah saya makan tak kudapan tu. Tapi yang pasti air honey tu sodap!

Experienced yang paling best! Seumur hidup saya, pengalaman menyusur sungai Mekong dengan sampan ni lah paling best! Kalau uolls ke HCMC jangan lupa amik peluang ni. Terbaik! Last stop kami perusahaan kampung membuat coconut candy. Tapi gambar disana tidak ada... so takdelah gambar nyer. 
Overall my adventure di Mekong memang best! Walaupun panas, lekit dan kurang selesa dengan persekitaran kampung nyer. Saya tetap enjoy! At least kalau orang bercerita pasal sungai Mekong, saya pernah menyusuri salah satu sungai terpanjang di Asia.





 



Tuesday, November 2, 2010

Vietnam day one

08.05.2010

weolls berjalan lagi you. Kali ni kami berjalan ke destinasi yang memang confirm asing lah to all of us. Ntah apa yang merasuk kita orang untuk bercuti ke Vietnam. Bukan lah kata Vietnam sebuah negara yang tak best, cuma untuk bercuti dan merehat kan minda dan badan. Sangat lah tak sesuai yer uollls. Tapi untuk para shoppers, sangat sesuai! Sapa yang suka baju kurung cantik-cantik dan lawa-lawa. Apalagi terjah lah Ho Chi Minh City, pusat baju kurung!

********************************************
As usual sebelom berangkat weolls melepak dulu di kedai makan, biasalah tu kunun-kunun tak tahan lapar. Agenda saya hari tu mesti makan kenyang-kenyang kat Malaysia, sebab saya takut saya akan kelaparan di HCMC. Bukan salah HCMC pun, memang saya jenis memilih makan. So sampai LCCT yang dituju adalah kedai makan. 
Kami pilih makan di chocolate... ala sedap nyer kopi kat sini, teringat lah plak. celah bedah mana plak nak cari kedai ni. Tak semua kami makan, rata-rata share aja. Sebab ada yang planning nak makan kat atas plane. Katanyer makanan Air Asia terbaik! Saya punya planning balik nanti mesti makan atas plane. Sebab nak balas dendam ngan makanan Malaysia. ahakkksss.... teruk kan.

Tengok bertungkus lumus kita orang makan, takut waktu dinner nanti tak jumpa kedai halal kat sana. Yang pasti semua yang bole ditelah atas meja tu habis yer, takde saki baki.

muka muka gembira untuk memulakan percutian. Flight ke HCMC tak lama, tak kejap lah. Yang pasti view nak sampai HCMC memang sangat cantik!


kan memang cantik sangat view HCMC dari atas. Masa sampai ni hari dah petang sangat.

Welcome to Tan Son Nhat International Airport!
Airport dia orang memang cantik dan bersih, cuma staff mereka langsung tak senyum dan agak kasar bila membuat kerja. Passport pas di cop, di campak aja pada kita. sungguh kureng adab tul depa ni. 

ini lah view on the way ke hotel, tak payah saya cerita macam mana kami mencari pemandu yang ambil kami di epot. oh sungguh sengal! Rata-rata rakyat vietnam tidak fasih berbahasa inggeris. Maybe dia orang fasih bahasa french kot... sbb pernah di jajah orang perancis. Kalo tengok building and kegemaran mereka terhadap roti baguette sah sah tahu influenced dari perancis.
Sebulan awal kami telah book hotel di saigon pink 3. Tak ramai orang malaysia duduk hotel ni, kebanyakan nyer lebih berminat dengan saigon pink 2, which is very near to Ben Than Market. According to some people, syurga membeli belah buat orang malaysia. 

Selepas rehat kami pun mula menerjah bandar HCM ermmm.... orang kat sana ramai naik motorcycle! punya lah payah nak melintas. Kami macam orang kampung masuk bandar kat sini hahahaha... tp memang satu expereiced yang sangat lawak bila di ingat balik. Pengankutan rasmi kami disana, kaki saje. Sebab lebih senang berjalan dari menaiki public transport. Masalah bahasa tu adalah masalah utama di HCMC! sebelum kami semua kena klepet dengan driver taxi, biarlah kami berjalan berpandukan peta yang diberi oleh abang man & kak lin. Anyway peta itu memang sangat berguna! Terima kasih yer...

Asal nyer nak membeli belah di Ben Than oleh kerana kami sampai lambat banyak kedai sudah mulaii tutup. Jadi kami tak jadilah nak explore dalam Ben Than tu. Ben Than ni nampak macam pasar yang sangat besar dan sangat padat! 
Sebab tak dapat nak abiskan duit kat Ben Than kita orang pun tukar agenda ke nite market di luar Ben Than... ermmm saya end up membeli nothing disini. Tak tau napa takde yang pekenan disini. Tapi yang lain banyak beli ole ole, dia orang kata murah. 
 
night scene di HCMC... bole tahan cantik! ni kita orang stop jap berjalan, sebab duk gasak berjalan mencari kedai makan halal. FYI di sini ada lebih kurang 4 atau 5 restoren halal. Kami tak sanggup dowh balik bilik makan maggie or bekalan Brahim... So pencarian kedai halal diteruskan walaupun kaki time tu dah nak tercabut!

At last jumpa gak restoren Halal Saigon... memang menduga kami semua nak cari kedai makan ni. Takpelah yang penting dapat makan makanan halal. Masuk dalam ni macam rasa kat malaysia, sebab pelanggan nyer penuh dengan orang malaysia. Waiter & waitress nyer pun boleh berbahasa melayu, menu pun menu orang malaysia. takat nasi lemak memang bole lah makan. yaiyy! sapa yang susah tekak makanan luar tu, ini lah restoren yang terbaik! 


Oleh kerana badan terlalu penat, jadi tak termampu saya nank amik gambar makanan. Dalam simpanan hanya ada yang ini... jadilah yer wat cuci cuci mata...
Habis makan, kami cari jalan pulang ke hotel... tak sabar betul nak sampai hotel masa tu. Nak landing, nak mandi... penat gila!