Friday, October 22, 2010

cingur & subak

March 14th
Restoren Subak

Buat pertama kali nyer gang cingur akan berjumpa dengan Bhumi anak buah pertama gang cingur. Kebetulan bulan maret ni kawan nun jauh di Jakarta membuat perancangan untuk berliburan di KL. Tanpa lengah kawan yang berada nun di Kuching pun membuat keputusan akan turun sempena cuti sekolah. Of coz saya yang di KL sangat happy sebab dua sobat yang dirindui dan disayangi akan menghabiskan masa liburan nyer ditempat saya. Kami plan makan malam di salah semuah restoran yang berada di penchala. Punyalah sesat untuk sampai di restoran ni. Tapi restoran Subak memang sangat cantik!
mari kita lihat sapa sahaja yang memeriahkan suasana sunyi sepi di Subak

Stanley dan Along, asal jumpa aja mesti citer pasal bank. memang pekerja bank tegar mereka ni.

Tetamu dari jauh, tak sangka cindy dah jadi ibu rumahtangga sekarang. anak pun dah hampir tinggi dengan mak nyer. Itu belom tengok perubahan fizikal si cingur siam a.k.a ari... hahahah sepatut nyer ari a.k.a cingur siam. Nama cingur ni semua disebabkan couple ni lah. Tapi sangat happy tengok Cindy yang memang komited dengan alam rumah tangga nyer, sanggup meninggalkan dunia glamour.

And of coz teman yang dirindui selalu, Alicia.
Hahahaha bila tengok baju tu, teringat incident saya suruh dia pakai gap gap (meaning pakai cun cun lah) alasannya, nak bawa dia makan kat kedai ala korea. memang perancangan nyer nak pergi cuba makan di restoren Fullhouse. Too bad Fullhouse memang sentiasa Full house... sampai kan kedai tu dah tutup saya tak sempat nak rasa makanan fusion Fullhouse tu. Back to al-kisah baju tu, beriya lah member ni mengheret suami nyer serata kedai di MV untuk cari baju ala korea.... hahaha sadis noks dengar citer kisah pencarian baju ala  korea ni. Tp baju fusia ni sangat cun, saya suka!

Makanan yang di order, macam-macam kami semua rasa seorang sikit. Makanan nyer nak kata sedap sangat tidak juga. so so lah... not bad and not good, basically bole dimakan. Untuk datang second time, for the food, no lah.... if for the ambiance, maybe. The food quite pricy, tapi oleh keseronokan jumpa sobat lama, tak terasa you.

Malam tu agak cemburu dengan kegembiran kami, tengah makan dibawah bintang.... tiba-tiba hujan lebat turun. Cepat-cepat kami pindah ke area yang berbumbung. sangat limited yer meja makan yang berbumbung.  Weolls end up kesujukan sebab angin and tempias... tapi tetap tak halang kami bercerita.
I love you sobat.
cindy kapan lagi mahu main ke KL lagi... Disember ini turun dong, ada reunion lagi, this time around ada sand and pacar nyer terry and also musisi kita terbang khas dari sandakan. ayuh ajak cingur siam main di Kuala Lumpur lagi.

No comments:

Post a Comment