Friday, October 22, 2010

Alicia, Ikea ,Chili's & Wonderland....

15 March 2010

Ikea destinasi pertama weolls hari tu, hanya Alicia sahaja yang dapat follow, kerana Stanley komited dengan kerjaya di bidang perbankan... workaholic bak kata isterinyer, hehehehe. Cindy plak jadual nyer padat, kena berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang di Kuala Lumpur, sangat lah kami faham. Sebab Cindy ni seorang yang happy go lucky, kawan dia lagi ramai dari kawan saya kot. Dari artist sampai lah mat rempit kawan dia, ganaz tak ganas cewek seorang ni. Tujuan ke Ikea hanya suka suka, takde reason pun, lagi pun Alicia bilang dia tidak pernah ke Ikea, kasihan deh loe... datang ke KL banyak kali, sampai hati kawan nan seorang ni tak bawak dia ke Ikea, balik balik bawak dia ke KLCC. 

aksi-aksi yang sempat di rakam di Ikea, macam best aja kan kalo umah kita semua cukup lengkap macam kat Ikea ni. Oh impian!

Pas settled di Ikea, kami pulang ke MV, ingatkan takde sapa di bilik Alicia, maklumlah laki nyer kan gigih bekerja. Sekali bukak pintu, cak! Stanley dah ada dalam bilik, bercelana pendek lagi. Lagi membelek paper Star, especially di section digemari oleh suami isteri ni. Punya lah kelakar masa ni... macam mana bole berangan sampai menjadi jutawan daaaa.... hahahaha sungguh hebat masing-masung verangan you. Lepas penat berangan sambil memerah nama company dari hujung pangkal nama masing-masing. Kita orang berlalu pergi dinner di Chilis...

Makanan kat sini okay lah, bukan lah peberet sangat pun. Boleh lah makan kalo untuk bersuka ria, untuk yang minat dengan daging. Sini lah tempat yang sesuai untuk makan steak segala macam. Orang macam saya teramat rugilah makan disini. Oh yer, masa makan disini... kami dalam keadaan yang sangat kebulur. akibat malas nak pergi lunch di siang hari.... dan inilah salah satu sebab saya terkena gastrik.

Tengok lah seposen tak muka kita orang tunggu makanan yang macam lama gila nak sampai. itu blom tengok lagi gambar adegan ingin menyembelih leher sendiri... hahahaha lapar melampau betul kami hari tu. Pulak hari sudah jauh malam, baru terhegeh-hegeh cari kedai makan, nasib baik chilis ni blom lagi nak tutup. Kalau tak, lagi harulah perut masing-masing berlagu.

Inilah makanan yang kita orang share, share. Semua makan dengan senyap aja... sebab restoran ni kalau dah jauh malam, umang aiiii bisingg bona. Maybe ada yg dah tipsy sikit kat bar tu.
Lepas abis makan kita orang pun amik peluang bergambar dengan dekor Alice in Wonderland, kalo hari siang confirm susah nak bergambar. Sebab ramai gila orang nak bergambar dengan props Alice ni.

Bila perut dah kenyang ini lah hasil nyer...
taraaaaa pose mulu!




No comments:

Post a Comment