Thursday, October 28, 2010

April 15, 2010


April 15hb berjumpa dengan kawan sekolah, yang sangat berbakat dalam baking-baking ni. FYI cake dia memang sedap you! Confirm... cukup rasa. Plus dia bukan saje wat kek, dia wat cookies, cuppies and etc... memang berbakat cik auditor kita ni dalam bab-bab baking ni.

Some cookies and cakes, kalo sapa-sapa pekenan bole lah minta kawan saya wat kan. 


Jemputan sengit

March 21 ada match between MU VS Liverpool. Cun cun date tu during weekend. Saya selaku tidak pro mana-mana team hanya sekadar tetamu yg di ajak utk makan dinner di mini stadium liverpool. So saya on, datang dengan sebiji camera olympus. Nak merakam aksi-aksi menarik kengkawan yang teramat gilakan bola! So saya datang dengan MUFC dah sah sah keta dia penuh dengan tampalan MUFC, dan para penyokong itu cuma mengenakan jersey and t-shirt MUFC aja. takde sepanduk takde lah segala mak nenek... Sampai-sampai kat stadium, perghhh terkejut dowh, ahli LFC ramai dowh di mini stadium tu. 

Dua ahli LFC.... ganaz kan tuan umah. ada lagi, ada lagi tetamu LFC nyer...

ni lagi dua LFC.... tuan umah memang dasyat dalam mensaiko tetamu MUFC. Bukan takat 4 ahli LFC yang ada, tuan umah jemput kami ke mini stadium nyer dengan carpet merah you...

ha kan dah cakap, tu dia... panas betul MUFC yang masuk mini stadium tu. Saya ok aja, MOJ!
Tuan mini stadium memang best lah, abis semua jenis mak nenek merchandise dari LFC di keluarkan kasi panas hati MUFC... memang lah lawak. Score malam tu, saya pun tak ingat, cuma yang saya ingat makan pizza...
Beberapa aksi di mini stadium Liverpool... memang best hari tu!
Terima kasih pada kak ayien & uncle yang menaja tempat menonton.

delay...

Sorry dah berapa hari tak ter update blog. Lately saya sangat busy. Tapi busy dengan hal family. Hari ada masa sikit, sbb tegahari ni saya tak bole nak visit atuk & uwan saya, petang karang saya datang jenguk mereka. Memang kebiasaan nyer, saya menulis blog di ofis, hehehe orang lain kat opis jangan kan nak berblog, berFB pun tak bole. Ofis saya, memang boss bagi kebebasan untuk berbuat apa sahaja, janji ada kat opis. Itulah pasal, saya amat berleluasa di FB, Twitter and blog during office hour! Ok time yang sikit akan di manfaat kan sekarang juga, continue March 2010 punya entry.
zasssssss

Monday, October 25, 2010

Amazing, Biodisc

Last weekend tak bole nak update blog, sebab sabtu super duper busy. From morning till morning ok! last sabtu juga aktivit yang mampat dan padat... pastu balik bole kena gastrik sampai x bole bediri. Selalu nyer kalo kena gastrik saya akan bengkak-bengkak. Tapi kali ni perut rasa di toreh tu... maybe sebab lapisan perut dah tebal. So angin di perut tak boleh kuar ke tempat lain. Sapa yang expert jangan gelak kan saya yer, macam tu lah doctor kat klinik idzham explain kat saya. Tapi hazab nyer sakit perut gastrik, tak bole nak wat apa... tanggung sakit merengkuk aja lah. tapi Thank you to Biodisc, yang memang sentiasa membantu. bila di letak aja di area yang sakit... rasa sakit mula pelan-pelan hilang. yeah! Amazing & Biodisc memang membantu.

ni lah amazing, yang teman dari kuching hadiahkan dan perkenalkan. Saya sangat suka! Kawan saya hadiahkan ini sebab kasihan kan saya asik kena gastrik, lebih-lebih lagi bulan puasa lepas. Teruk sangat dilanda masalah gastrik ni. At last saya amalkan minum amazing setiap hari... Ada perubahan, bengkak-bengkak dah takde. Selain dari amalkan Amazing ni saya juga pergi ke spa F.I.R untuk detox. Maybe next time saya cerita apakah F.I.R tu.

And this is Biodisc! very hi-tech product. Biodisc ni wajib ada dengan saya yer, membantu dari pelbagai hal. Dari mandi, makan, minum and sometime it work as a pain killer.

Friday, October 22, 2010

Sepang Gold Coast dinner perpisahan...

18 March 2010
Sepang Gold Coast Restaurant

Memori ni lah paling tak dapat lupakan, saya nak sangat bawa Alicia & Stanley makan kat sini. Saya sanggup berlapar di siang hari nyer. Padan muka dengan saya terus terkena gastrik, tp bukan sakit perut yer... lain simptom yang saya alami. Maybe next time saya cerita pasal tu. Meh sambung cerita pasal dinner yang best ni. Disebabkan farewell dinner ni jatuh hari weekdays, weolls pas keje bergegas ke Bagan Lalang. Ini dinner yang tak bole missed, pulak tu permintaan Encik Stanley dan Puan Alicia mestilah di tempat yang GAP! maksud nyer tempat yang cun lah. So kami berlima bertolak lah dengan keadaan yang lapar, kebetulan jalan raya memang lah jem. At last kami sampai hari dah malam! yer malam! bayagkan lah lapar nyer macam mana.

Sampai bukan masuk terus kat restoren, jalan keliling restoren dulu. At last we settled for BBQ and steamboat set. Sedap dowh! Siapa yang suka seafood tempat ni memang sesuai.

Inilah makanan yang di pesan makan ramai-ramai share as usual. Tak payah lah kita letak adegan makan tu yer, hehehe sangat tak sesuai sebab semua nyer kelaparan.
Lepas makan belom lagi nak balik, nak sambung plak minum kupi di bawah bintang di persisiran pantai. Ganas kan, masih lagi nak melepak kat Bagan Lalang, tak sedar yang lagi 3 orang tu nak gi keje esok nyer. Yang lagi 2 tu nak kejer flight nak balik bumi meow tercinta. 

Group photo yang terakhir untuk cuti semester kali ini. Kita tunggu bila lagi cik kak & cik abang ni datang lagi.

Alicia, Ikea ,Chili's & Wonderland....

15 March 2010

Ikea destinasi pertama weolls hari tu, hanya Alicia sahaja yang dapat follow, kerana Stanley komited dengan kerjaya di bidang perbankan... workaholic bak kata isterinyer, hehehehe. Cindy plak jadual nyer padat, kena berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang di Kuala Lumpur, sangat lah kami faham. Sebab Cindy ni seorang yang happy go lucky, kawan dia lagi ramai dari kawan saya kot. Dari artist sampai lah mat rempit kawan dia, ganaz tak ganas cewek seorang ni. Tujuan ke Ikea hanya suka suka, takde reason pun, lagi pun Alicia bilang dia tidak pernah ke Ikea, kasihan deh loe... datang ke KL banyak kali, sampai hati kawan nan seorang ni tak bawak dia ke Ikea, balik balik bawak dia ke KLCC. 

aksi-aksi yang sempat di rakam di Ikea, macam best aja kan kalo umah kita semua cukup lengkap macam kat Ikea ni. Oh impian!

Pas settled di Ikea, kami pulang ke MV, ingatkan takde sapa di bilik Alicia, maklumlah laki nyer kan gigih bekerja. Sekali bukak pintu, cak! Stanley dah ada dalam bilik, bercelana pendek lagi. Lagi membelek paper Star, especially di section digemari oleh suami isteri ni. Punya lah kelakar masa ni... macam mana bole berangan sampai menjadi jutawan daaaa.... hahahaha sungguh hebat masing-masung verangan you. Lepas penat berangan sambil memerah nama company dari hujung pangkal nama masing-masing. Kita orang berlalu pergi dinner di Chilis...

Makanan kat sini okay lah, bukan lah peberet sangat pun. Boleh lah makan kalo untuk bersuka ria, untuk yang minat dengan daging. Sini lah tempat yang sesuai untuk makan steak segala macam. Orang macam saya teramat rugilah makan disini. Oh yer, masa makan disini... kami dalam keadaan yang sangat kebulur. akibat malas nak pergi lunch di siang hari.... dan inilah salah satu sebab saya terkena gastrik.

Tengok lah seposen tak muka kita orang tunggu makanan yang macam lama gila nak sampai. itu blom tengok lagi gambar adegan ingin menyembelih leher sendiri... hahahaha lapar melampau betul kami hari tu. Pulak hari sudah jauh malam, baru terhegeh-hegeh cari kedai makan, nasib baik chilis ni blom lagi nak tutup. Kalau tak, lagi harulah perut masing-masing berlagu.

Inilah makanan yang kita orang share, share. Semua makan dengan senyap aja... sebab restoran ni kalau dah jauh malam, umang aiiii bisingg bona. Maybe ada yg dah tipsy sikit kat bar tu.
Lepas abis makan kita orang pun amik peluang bergambar dengan dekor Alice in Wonderland, kalo hari siang confirm susah nak bergambar. Sebab ramai gila orang nak bergambar dengan props Alice ni.

Bila perut dah kenyang ini lah hasil nyer...
taraaaaa pose mulu!




cingur & subak

March 14th
Restoren Subak

Buat pertama kali nyer gang cingur akan berjumpa dengan Bhumi anak buah pertama gang cingur. Kebetulan bulan maret ni kawan nun jauh di Jakarta membuat perancangan untuk berliburan di KL. Tanpa lengah kawan yang berada nun di Kuching pun membuat keputusan akan turun sempena cuti sekolah. Of coz saya yang di KL sangat happy sebab dua sobat yang dirindui dan disayangi akan menghabiskan masa liburan nyer ditempat saya. Kami plan makan malam di salah semuah restoran yang berada di penchala. Punyalah sesat untuk sampai di restoran ni. Tapi restoran Subak memang sangat cantik!
mari kita lihat sapa sahaja yang memeriahkan suasana sunyi sepi di Subak

Stanley dan Along, asal jumpa aja mesti citer pasal bank. memang pekerja bank tegar mereka ni.

Tetamu dari jauh, tak sangka cindy dah jadi ibu rumahtangga sekarang. anak pun dah hampir tinggi dengan mak nyer. Itu belom tengok perubahan fizikal si cingur siam a.k.a ari... hahahah sepatut nyer ari a.k.a cingur siam. Nama cingur ni semua disebabkan couple ni lah. Tapi sangat happy tengok Cindy yang memang komited dengan alam rumah tangga nyer, sanggup meninggalkan dunia glamour.

And of coz teman yang dirindui selalu, Alicia.
Hahahaha bila tengok baju tu, teringat incident saya suruh dia pakai gap gap (meaning pakai cun cun lah) alasannya, nak bawa dia makan kat kedai ala korea. memang perancangan nyer nak pergi cuba makan di restoren Fullhouse. Too bad Fullhouse memang sentiasa Full house... sampai kan kedai tu dah tutup saya tak sempat nak rasa makanan fusion Fullhouse tu. Back to al-kisah baju tu, beriya lah member ni mengheret suami nyer serata kedai di MV untuk cari baju ala korea.... hahaha sadis noks dengar citer kisah pencarian baju ala  korea ni. Tp baju fusia ni sangat cun, saya suka!

Makanan yang di order, macam-macam kami semua rasa seorang sikit. Makanan nyer nak kata sedap sangat tidak juga. so so lah... not bad and not good, basically bole dimakan. Untuk datang second time, for the food, no lah.... if for the ambiance, maybe. The food quite pricy, tapi oleh keseronokan jumpa sobat lama, tak terasa you.

Malam tu agak cemburu dengan kegembiran kami, tengah makan dibawah bintang.... tiba-tiba hujan lebat turun. Cepat-cepat kami pindah ke area yang berbumbung. sangat limited yer meja makan yang berbumbung.  Weolls end up kesujukan sebab angin and tempias... tapi tetap tak halang kami bercerita.
I love you sobat.
cindy kapan lagi mahu main ke KL lagi... Disember ini turun dong, ada reunion lagi, this time around ada sand and pacar nyer terry and also musisi kita terbang khas dari sandakan. ayuh ajak cingur siam main di Kuala Lumpur lagi.

Thursday, October 21, 2010

Basil Leaf

Nelly is in town, so Along belanja dia makan at Basil Leaf. Restaurant yang memang vass you. Mereka yang datang dinner disini semua bergaya you, head to toe! Tapi sebab cik Nelly kita ni memang ber taste tahap tinggi, dengan keadaan sangat sempoi kami terjah dinner disana gak.

hiasan yang sangat tantik
cahaya yang teman kami semua makan malam itu
my drink...
Makanan kat sini memang sedap dan harga nyer bersesuaian lah dengan keadaan dan pelangaan nyer. Ada kelas tersendiri. Kalo ada sesiapa nak berdating bole makan kat sini, suasana di sini sunyi and romantic, tak sesuai sangat lah nak berhuaha huha... tp kalo nak datang berhuha huha gak bole aja. Dah korang bayar kan... Servis kat sini memang tip top!

Wedding bell di bulan March!

Due to semua nyer cerita lama, kena lah saya compile kan semua event untuk memudahkan saya siap kan entry entry yang dah tergendala, di akibatkan kemalasan saya nak berblogging yang melampau. hopefully kawan-kawan di sarawak, sabah and jakarta (u know who u r) bole bersabar. Saya tahu banyak entry yang saya hutang... bahkan in December bakal ada reunion besar-besaran. Saya akan bermarathon dengan kadar segera!

***************************************

7th March 2010
Putrajaya


majlis kawin kat putrajaya atas jemputan ibu pengantin lelaki. Tak perlu lah saya tulis namadan siapa kah dia...bole kata seorang yang sangat berpengaruh di sektor awam. anyway mama (mmg itu panggilan yang dia suruh semua orang panggil) terima kasih kerana menjemput saya dan rakan-rakan. Majlis perkahwinan yang sangat simple dan makanan yang mabeles!


bergambar dengan iffat anak buah along, which is cucu pada mama!
maka nyer tahu lah uollls siapakah mama pada along and perkenalan kami dengan mama adalah disebab kan cik long iffat juga.


13th March 2010
Klang


Mendapat jemputan ke majlis perkahwinan di Klang, tell u the truth Klang adalah sebuah bandar yang asing pada saya. Takde sebab untuk kesana dan tiada saudara mara juga disana. Bagi saya Klang adalah bandar yang tidak related dengan saya. Kalo dulu-dulu nak makan seafood tepi laut datang lah ke Maura. Tapi sejak tau tentang kewujudan Bagan Lalang, tidak lagi pernah jejak restoran di Muara.
balik pada majlis kawin yang sungguh simple ada nyer ni... mengingatkan saya pada majlis dulu dulu. dimana jiran tetangga yang masak, menggunakan anak anak muda as penanggah. dan segala nyer mcm old skol.

with nellysha iman

cake kawin yang sweet and simple

kak sya's birthday in february

Selak-selak folder terjumpa folder birthday kak sya masa february 6... ter missed sudah nak masuk dalam entry February tadi. Tapi takpelah entry ni biar special sikit, sbb ada byk gambar and incident.... 
On the February 6th 2010 weolls semua dah agree nak celebrate birthday kak sya. FYI kak sya lah pekerja paling kuat bekerja yg pernah saya jumpa. Dia bekerja 7 hari seminggu.... ada sapa-sapa berani challenge? ha takde kan, akak ni seorang lah yg gigih you bekerja. So masa birthday dia jatuh pada weekend. so all of us saje saje nak gi makan seafood di Bagan Lalang.

kami yg di tugaskan menjemput besday gal & housemate.

sebahagian ahli jemaah yang dapat memeriahkan besday kak sya...

Plan nyer after maghrib kami akan kuar kan kek besday. susun atur semua yang gi solat, cun cun kak sya jadi orang yang terakhir solat di kedai seafood bagan. ahhcunggg sangat lah, bila dia kuar aja ter pop up sebiji kek cekelat atas meja. punyalah kak sya tersimpul-simpul senyum... fyi kak sya ni jenis pendiam. susah nak dengar dia cakap.
ini lah dia besday gal nyer....
pas tiup lilin kita makan, jadi apakah jenis lauk pauk yg kami order? Sila lihat gambar di atas.

 lepas makan-makan, lepas buka presents kita orang jalan-jalan tepi pantai bagan lalang.sampai kami terjumpa sebuah restoran yg keren! kebetulan pula bersempena chinese new year, jadi restoran ni memang di hiasi dengan cantik. at last kami terjah restoran itu semata-mata untuk mengunakan toilet dan bergambar! bole??? boleh sangat, sebab takde sapa pun dari restoran tu yang menegur kami. jadi apa lagi berleluasalah kami berposing! Sampai ke tepi pantai kita orang jelajah... resto tu memang cuckup cantik. nanti in other entry saya cerita tentang restoran tu.

sekian sahaja laporan entry jalan-jalan besday kak sya di bagan lalang!
Uoallls bila nak repeat kesana lagi.... rindu lah plak nak chillex kat sana.

 

Wednesday, October 20, 2010

what happened in February 2010

14th of february 2010

Congratulation to my girlfriend zureen! at last bertunang jua.., anyway another 10 days dia nak kawin dah, happy for her. so mari layan gambar masa tunang cik zureen & cik odee.

 cik zureen selepas di gilap oleh kami semua, cantik kan...

 cik zureen & cik odee bergambar dengan hantaran kedua belah pihak. 

ahli jawatan kuasa yg menolong zureen... harap-harap cik zureen ingat lah jasa kengkawan :)
terutama yg pakai tudung pink dan kakyong yang mencantik kan ko pada hari tu. yang tudung pink tu, gigih ko cam sarjan arahan dia. tp i like!

15th february 2010

family day untuk ahli keluarga tuan haji abdul rahman dan puan hajah juriah meon!
hari di mulakan dengan menjemput uwan & mama dari spa dewi

uwan & mama tunggu kakyong settle bill. Spa Dewi ni sangat cun yer, bole lah uolls bawa your parents pamper kan diri disini. From Damansara kami ke Andalucia, untuk acara makan-makan BBQ. sampai sana umah maknet dah huru hara dengan suara budak-budak ni.

sorry gambar BBQ tak byk, sbb saya begitu asyik makan...

BBQ pit

some drinks
some charcoals to start the fire... nice

everything on set...
bila time makanan siap dimasak, takde gambar lah plak.
jadi lapar plak tengok gambar ni
the bakar-bakar session and makan-makan session takde gambar, kerna akak tak kuasa nak ngambik. lain kali nak kena appoint photographer ni.
Habis makan, they all semua berdezuup masuk pool, syok tgk dia org mandi-mandi.
kan dah kata dekat aja pool ngan tempat BBQ.... btw kalo tgk picture ni betul-betul. bole nampak atuk saya yang cute sedang menikmati dinner nyer exactly di tepi pool, sambil tengok cucu & cicit dia berkubang.

berakhirlah agenda makan-makan BBQ kami sekelurga.
so far dua date ni aja yang saya ingat.
 

phewww

jom start blogging balik... after read ateh blog. terpanggil-panggil hati ni nak menulis blog lagi. ok lah dah hujung tahun pun, structure untuk update apa yg lepas-lepas pun dah siap. tapi manman lah yer, too many things to blog! acik bole demam lagi sekali ni, berkati diknon cerita ceriti yg nak di update ha...

bahan cuci mata pertama, potret atuk & cucu...