Thursday, November 11, 2010

DSH: Package merayap bersama Double A...


12.06.2010

Apa kes tajuk ni nama brand kertas, takde makna nyer kertas. Kami masih lagi dalam mood hohoholiiidaaay! Hari sabtu bangun-bangun je hari dah tinggi, nampak nyer memang kena brunch terus. Hari ni kami bertiga aja saya, Along and Alicia. Kemana lagi mencari kedai makan yang sedap.. pusing sana, pusing sini at last all of us end up at Nasi Ayam Chee Meng, Desa Pandan. *rindu nyer nak makan nasi ayam kat sini, sebab cawangan Desa Pandan dah tutup lah plak. Nak menjejak kaki ke Bukit Bintang.. takde keje lah.

Our lunch! Sotong goreng tepung dia memang terbaik! Nasi ayam terbaik! sos halia yang lazzzat! Memang susah nak lupa. Tapi memamng tengahari tu kita orang makan dengan lemau nyer. Macam penat sangat... Tak silapt Along & Alicia berjaga nonton World Cup. Sebab semua lemau, semua tak tau nak wat apa... So tengahari tu berjalan lah tanpa arah tujuan. Tiba-tiba teringat store Esprit kat queens park. Maka putarlah balik ke Cheras... Sampai sana banyak dah butik-butik dah tutup yang tinggal cuma kedai ntah apa-apa. Tapi Esprit nyer kedai memang adalah. Kalo nak beli off season nyer baju Esprit sila lah ke Queens park atau ke Maju Junction... murah dowh! Ada kejadian menarik kat sini, bila kita orang nak masuk butik tu, tak semena-mena sensor depan kedai tu bunyik. Punyalah gelabah kita orang, sebab baru nak masuk bende alah tu berbunyik plak. Banyak kali plak tu, puas kita orang ungkai beg. Rupa nye beg si Alicia yang beli di Zara tu memang sentiasa sensitip dengan sensor. Jangan tanya macam mana... tp memang pelik. At last sales assistant kat situ allowed lah weolls shopping gak. Sian Alicia.... 

Pas abis bershopping di cheras, weolls bertolak ke Damansara, nak bawa Alicia cuba FIR kat Zazens helalth solutions. Bende baik kena kongsi kan... so memang sesuai hari tengahari panas gila. Sesuai melepak tido dalam barang sejam dua dalam bilik scalar tu. Memang confirm lena! After Scalar treatment we went for FIR plak... ha kau kuar segala peluh jantan mak nenek! Lepas FIR wat apa plak... aktiviti selepas segar bugar and selepas buang toksin ialah masuk kan toksin balik muahaha...

Disini lah we had our tea break... mak ai tea break kat sini. Betul ke minum teh? LOL rasa nyer macam tak kot. Sebab kat sini mocha something something dia sedap. 

Tengok tu senyum sempol semua dapat makan cup cake... siap dengan tuna sandwich. FYI chips tuna sandwich tu memang mabeles! sedap gila, dah lama lah tak gi sini... *Along, zureen jom gi makan cuppies. After menambah kalori yang memang dah terlebih banyak ni, kita org pun ke SS19 untuk hantar cuppies pesanan kakyong... sempat lah jumpa anak-anak buah saya. Lepas dr SS19 berdesup ke Shah village jemput Neena and baby hafiy for dinner. 

Tupai tupai menjadi tempat dinner weolls... ramai sangat orang masa hari tu, sampai berpeluh-peluh. Kesian dengan Hafiy yang dari diam-diam main sendiri. Terus meragam... sebab berpeluh-peluh. Weolls makan cepat-cepat demi keselesaan Hafiy, lagipun masa makan ni team Argentina baru nak main. So masing-masing nak cepat nak kejar tv kat bilik masing. Maklumlah saya dan Neena memang menyokong team Argentina!







Wednesday, November 10, 2010

DSH: Family day cingur...


11.06.2010

Seawal pagi keluar dari Cititel menuju ke Shah Village untuk mengambil neena and baby Hafiy. Berjaya juga Neena dapat permission dari suami dia untuk ikut weolls ke Genting Highland. Lama betul merancang nak gi mana, weolls end up Genting Highland.

Sebelum memulakan perjalanan naik bukit pusing-pusing, kita stop breakfast di Chawan. Nasi lemak bungkus sudah menjadi peberet kat sini. Lepas siap makan, menuju lah kami semua ke genting highland. FYI saya sudah lama tidak ke Genting, jadi trip ni memang saya tunggu. Nak juga tengok apa lah rupa Genting sekarang ni.

Ha muka muka cuak naik gondola ni, walaupun berani-berani takut masing-masing tetap sengeh bila bergambar.  Baby hafiy sikit pun tak takut, on the way up ni tiba-tiba plak hujan turun. Uii seriau tul, udah lah sejuk dalam tu.

Sampai-sampai terus pusing-pusing punyalah dah tua masing-masing. Takde sapa pun nak masuk theme park tu. Kan masing-masing budget tak akan main bende alah yang ada kat situ. Keciwa tul i, sebab i and cikgu Dayang aja semangat nak mencuba segala jenis game tu. Tapi adat berkawan berjalan ramai-ramai, kalo takde sapa nak join tu, pepandai lah faham yer. *Dayang next time kita gi, kita main segala jenis game puas-puas ok. Tapi kapan kah???

Dah penat meronda di luar meronda di dalam plak. Masa ni kami singgah makan, makan kat mana yer. Dah lupa lah, gambar takde langsung. Bab lapar memang tak bole kompromi tul lah, nak kena buang habit ni ni. Kalo tak asik takde pic makan LOL. Kat dalam ada yang shopping, ada yang beli egg tart untuk laki... hehehe lepas penat pusing, weolls pun balik. Sekejap tul kat atas tu, maybe next time tak yah lah kita terhegeh-hegeh nak naik Genting ni. Bukan nyer tempat kita lagi. Next cuti sekolah saya akan pikirkan tempat yang mantop!



Tuesday, November 9, 2010

During school holiday : Welcome to Kuala Lumpur...


10.06.2010

Apuuu tajuk 'welcome to KL' memaut cik milah tul. Sempena menjemput dua orang cingur dari Sabah and Sarawak, so kita feeling feeling lah sikit kan. Hari ni saya ditugaskan untuk menjempu Alicia di KLIA. Wah pernah ke drive sendiri ke KLIA??? Tak pernah kan, so minta bantuan Dayang untuk teman ke KLIA. Sekalian kami semua akan check in di Cititel.

Yang ditunggu telah tiba, selalu nyer dia akan datang bersama suami. Tapi kali ni, suami sangat busy bekerja. Yang datang hanya dia dan beg beg sahaja. Sebab dia seorang all of us kena teman kan dia tido di hotel, weheeee tido hotel saya suka!

Dua cingur sudah terkumpul mana lagi balance nyer... ada seorang lagi sepatutnyer ikut kumpul bersama. Ntah macam mana communication kami dengan dia tidak berapa tepat. Kerana masa saya tiba di KLIA menjemput Alicia, dia juga pun sampai di KLIA dari KK. Kalo lah dapat contact masa tu, terus bole jumpa... angkut sekali lah suami dan anak nyer balik KL. Dah nak wat camner, tiada jodoh di KLIA.

Sampai aja makan, makan sate di sate station setiawangsa memang sedap. Dia orang ni lapar sokmo, lagi lah syok bawa dia orang makan sate. Tapi Alicia kalo gi kedai sate dia standard makan 5 cucuk aja. Ntah tak tau napa... dia ni pun kategori makan tak banyak. Tapi si kecil yang lagi berdiet, agak bernafsu yer makan. Tapi dia sangat berhati-hati dengan apa yang dia makan. Kalo tak, tak kan lah bole slim sekarang kan *cewek aku kena berguru dengan dikau ni untuk menjadi slim...

After check in janjian sama mama neena untuk jumpa dia, sebab hari udah nak malam dan mama neena tidak bole bawa baby Hafiy jauh-jauh. Maka nyer kami settle untuk melepak di Sri Melaka Amcorp Mall. Wah lama gila tak pergi sini. Ini detik-detik pengenalan kami dengan baby Hafiy. Sangat panjang and ensem ok! Dah tu tak banyak ragam... mana lah tak banyak ragam, banyak nanny yang volunteer nak jaga. Baby tak banyak ragam semua beratur nak jaga kan.

Bila tokey kedai dai kemas-kemas kedai makna nyer jom lah angkat kaki, tokey dah nak balik. Shopping mall pun dah nak tutup. Weolls ngantuk pun idak lagi, leka berbual macam-macam cerita. Sampai lupa time. Ni gambar last sebelum hantar neena balik hotel dia menginap. Lagi pun dia tak bole lepak jauh-jauh malam sebab ada anak kecik, dan laki sedang menunggu di hotel.






Bah yang dari Sabah tiba dulu!



07.06.2010

Setiap tahun saya tertunggu kedatangan sobat-sobat tercinta saya. Kali ini saya ingin berkongsi kedatangan sobat saya yang datang nun dari Sandakan, Sabah. Janji telah dibuat, cuma menunggu malam untuk dinner bersama-sama, cewek rawk!

Inilah dia tetamu VIP saya, dia tunjuk key chain yang bonda dia hadiahkan pada dia. Our dinner cuma di Mango Chili, wangsawalk. Saya happy bawa dia kesini, sebab dia sendiri tak pernah makan di resto ni walaupun rumah sis nyer walking distance aja dengan Wangsawalk. 

Klik! klik! sebelom makan, motret dulu dong... biar ada kenang-kenangan di sini. Macam-macam kita orang cerita. Masa sedang makan, berborak... tangan saya laju aja update status di twitter, nak jeleskan satu lagi sobat yang berada di kuching. Confirm kami bersingit hari tu, kerana sobat di kuching pun sedang meng'entertain' Sand yang turun dari Sibu. Wah date hari tu memang cingur-cingur berjumpa!

Sebelum balik photo photo di depan Wangsawalk!

Minum petang di Naili's ampang...

Yippie beranjak ke bulan June! Settled semua May entry, pindah pula ke bulan June. Bila tengok draft bulan June mak aiii.... banyak dowh! banyak bende special terjadi bulan June juga.
Ok lah to cingurs... bulan June adalah bulan berkumpul dong!

*************************************************

05.06.2010

Masa ni saturday, jatuh plak date nyer masa birthday Yang Dipertuan Agung! Jadi hari cuti makna nyer, hari jejalan. Hari melepaskan penat lelah selepas 5 hari bekerja. Hari tu tak silap weolls nonton movie, citer apa. Sorry cant remember.

Ha tenok tu bersungguh-sungguh dia orang tengok citer ni, im not sure citer apa. Yang pasti Kak Zu sungguh beriya menonton dowh. After menonton citer ni kita orang mula kelaparan, dah masuk petang, tiba nyer masa untuk tea time. Masa ni kami masih tergila-gilakan cekodok bangang. Kerana teringin kan cekodok bangang ni, dr KLCC menunjulah kami ke Naili's ampang. Cukup terkenal dengan cekodok dan jemput-jemput nyer. 

Nailis ni memang cantik decoration resto nyer, tengok lah masing-masing ambik feel bergambar kat sini. Yang terlentok-terlentok, yang posing pee-ka-boo pun ada... yang feeling-feeling kat island pun apa kurang nyer! Tapi memang cun lah resto ni. Thumbs up!

While waiting for our orders, kita baca buku dulu. Ada kisah disebalik buku ni. Masa weolls terjah Nailis depa blom buka lagi. Dia orang buka for biz around 5pm cengitu kot... sebab weolls too early, mula lah kami berjalan-jalan ke Ampang Point. Kebetulan ada second hand books fare, Kak Zu decided to buy this book. 

foods that we ordered, memang lazat kan. Makan share-share sebab asal nyer nak minum petang. Sekali minum petang dengan burger, dengan nas gor siap ngan sate lagi. Macam mana lah minum petang dasyat nau ni. Tapi semua makanan tu habis yer, memang kami ni syabas bab makan.





Monday, November 8, 2010

Jom memasak!


29.05.2010

Sebab minggu tu ke pasar tani, so nak lah tunjuk bakat memasak. Dah plak Zureen meminta wat kelas masakan untuk dia. Dia nak prepare diri supaya bole masak untuk suami tercinta. Menu malam tu, dan kire 1st lesson untuk cik Zureen kita tu adalah :-
Butter prawn
Chili crab
Vegetable stri fry
Bukan calang-calang kan menu untuk zureen belajar, ahaks... Tapi kire ok lah ada juga dia niat nak memasak untuk laki nyer.

Bahan-bahan basah yang disediakan... Simple kan. Ketam tu masa beli dah awal2 suruh Brother tu siang, so senang aja kerja saya. Basuh bersih bersih... Masa main masak-masak ni Along ada sekali, bayangkan dapur yang sekangkang kera ni ada 3 orang yang sibuk nak masak. Sungguh gawat. Sudah lah saya jenis kalau masak suka sensorang, tak pandai masak kalo ramai. Lagi pun okay aja kalo takde orang tolong, insyallah bole manage punya. Dah kata hobi memasakkan... ahaks!

Along menunjukan cara mengoreng udang, elok aja zureen bediri tengok.

Sekarang zureen plak ambil alih mengoreng udang. Cayalah zureen! *btw hang dah mula masak untuk laki hang blom?

Hasil dua jenis lauk yang dimasak secara bekerjasama! Hari tu weooollls makan sedap you.


We love to this during weekend....


22.05.2010

Wah banyak nyer aktiviti bulan May ni, macam tak stop stop lah plak. Ada aja bende nak di updatekan kat Dunia funnfair ni. Masa ni adalah weekend, saya sudah berjanji dengan bff saya untuk teman dia survey barang hantaran dia. So jom lihat, betul ke survey atau terus grab and buy!

Sampai-sampai terus cari makan, hari tu tekak weools rasa italy sikit hehehe... so melayan lunch di italianies The Garden. Restoren cantik! Sangat cantik... first time masuk situ terus suka dengan decorations and layanan mereka superb! Kami berdua order sorang satu... sangat lah banyak untuk dua orang makan kan. End up weolls tapau pizza tu.  Tapi pasta tu memang sedap yer....

Saat saat kami enjoy makan tengahari. Memang best, tapi kalo gang lagi ramai. Lagi best! Sambil makan planning nak masuk butik mana untuk mencari hantaran si zureen. Lepas makan kita orang pun mula masuk macam kedai... dan akhirnyer kaki kami pun mula terasa sakit. Dek akibat sekejap ke Mid Valley, sekejap ke Gardens... 

Beberapa hasil yang telah dibeli. yippie suka! Kan tengok dah selamat terbeli pun, susah nak stick to plan survey... end up mesti ada yang dah terbeli.